ASSALAMMUALAIKUM...

SELAMAT DATANG..SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA



Selasa, 12 Julai 2011

MESYUARAT AGONG KPR SEDILI BESAR

Mesyuarat agong KPR Sedili Besar telah diadakan pada Jumaat, 24hb Jun 2011,di Dewan Serbaguna Sedili Besar. Alhamdulilah, mesyuarat agong ini telah dijalankan dengan jayanya. Penggiliran jawatan iaitu En. Abd Majid, En.SAmsudin,En.Ali dan En.Hanafiah. Walaubagaimanapun, ahli-ahli koperasi telah bersetuju untuk melantik sekali lagi kesemua mereka untuk menerajui KPR. Pengerusi KPR bagi sessi 2011/2012 adalah En. Abd Majid bin Abd. Rahman.

Isnin, 11 Julai 2011

Program Penyusunan Semula Kampung ( PPSK ) FB Sedili Besar

assalam....

sekian lama tak mnulis kat blog ni sebab tuntutan kerja yang agak banyak..so.. skrang ni nak share sikitlah perkembangan terbaru mengenai PPSK yang dijalankan di Sedili Besar.so.. tgklah gambar² ni semua k..















ni bahagian dapur..

Rabu, 9 Mac 2011

BENGKEL UPSR, PMR DAN SPM!!!

Salam sejahtera n salam 1 Malaysia...

khas kepada peserta-peserta FB Sedili Besar yang mempunyai anak yang bersekolah dan bakal menduduki peperiksaan Am  tahun ini seperti UPSR,PMR dan SPM diminta menghantar senarai nama anak-anak tuan puan di PEJABAT FELCRA BERHAD KAWASAN SEDILI BESAR attn: Pn Suhailla ( Pen. Eks. Sosial ) atau Pn. Rozaidah ( biro pendidikan SB 1 ) & Pn. Safiah ( biro pendidikan SB 2 ) dengan kadar yang segera bagi memudahkan kerja-kerja untuk proses permohonan. Diharap..senarai nama yang diberikan mengandungi maklumat berikut:

  • NAMA PENUH PESERTA
  • NO LOT / PROJEK ( SB 1 @ 2 )
  • NAMA ANAK
  • NO.K/P ANAK
  • NO. TELEFON ( UNTUK MEMUDAHKAN UTK DIHUBUNGI )
  • ALAMAT TERKINI
  • NAMA SEKOLAH ANAK

diharap juga, peserta yang menghantar senarai nama ini benar-benar berminat untuk menyertai bengkel tersebut. Bagi yang menarik diri disaat akhir tanpa sebab yang munasabah, nama akan disenarai hitamkan bagi mengikuti kursus-kursus yang lain.

bila dan dimana bengkel ini akan dijalankan? kami akan maklumkan kemudian..

Selasa, 8 Mac 2011

perjumpaan khas antara PBK pengurusan peserta dgn JKKP dan ALK

tarikh : 22hb Feb,2011
tempat : Balairaya Kg. Sembayung
masa : 12 tgh hari


Satu perjumpaan khas telah diaturkan antara PBK Pengurusan Peserta iaitu En. Mohd Fauzi bin Mohd Tahir dengan AJKKP dan ALK di kawasan Sedili Besar bagi membincangkan isu-isu semasa disini. Pelbagai masalah yang timbul berkaitan dengan Projek Penyusunan Semula Kampung ( PPSK ) dan juga isu kolam udang yang akan dimajukan oleh pihak KPR Sedili BEsar dirungkai. Mesyuarat telah berakhir pada jam 2.00 ptg . Mesyuarat juga dihadiri oleh PBW Johor, Pengurus Kanan Ekonomi & Permodenan Desa,Pengurus Sosial Wilayah Johor, dan Pengurus FAISB wilayah Johor. Sebelum mesyuarat dijalankan, PBKPP telah melawat tapak projek PPSK bersama Pengurus Kawasan dan juga 5P kawasan . Turut serta lawatan tersebut wakil dari pihak kontraktor, wakil dari FB teknik wilayah Johor dan juga lain-lain.

Jumaat, 18 Februari 2011

Mesyuarat Agung JKKP SediLi Besar ! bagi kali yang Ke-11/2011

Alhamdulilah.. mesyuarat agung bagi peserta2 Sedili Besar 1 telah berjaya dijalankan pada 19hb Januari yang lepas.Mesyuarat berjaya dijalankan dengan jayanya..walaupun ade sedikit isu2 panas..biasalah kan..


Majlis perasmian telah dirasmikan oleh wakil PBWJ, En. Azam bin Md. Nor , Ketua bahagain khidmat Sokongan Felcra Berhad Wilayah JOhor...dan turut hadir juga Pn. Nurul Ain binti Samsuri, selaku Eksekutif Sosial.


Aturcara dimulakan dengan pendaftaran  para peserta pada jam 8 pagi dan kehadiran dif2 jempuan pada pukul 9.00 pagi.Acara dimulakan dengan bacaan doa dari imam Masjid Jamek Al- Mutaqin, Sedili Besar. Selepas itu sedikit ucapan dari Pengurus Kawasan Felcra Berhad Kawasan Sedili Besar, diikuti dengan ucapan Ketua Pesert Sedili BEsar1 dan akhir sekali ucapan dari wakil rasmi PBWj iaitu en. Azam bin Md. Noor sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung Peserta2 Sedili Besar 1 bagi kali yang ke -11.


selepas Acara Perasmian,,majlis berehat sebentar dengan menjamu selera terlebih dahulu sebelum mesyuarat diteruskan.


Mesyuarat Agung Peserta2 Sedili Besar 1 telah berahkir pada jam 12.30tgh hari..


keputusan Ahli JawatanKuasa KEmajuan Projek yang baru dilantik:::

Ketua Peserta : Ali bin Mohamad


~Ibrahim bin Mohamad
~Bakar bin Che Ngah
~ Rozaidah binti Othman

Ahad, 23 Januari 2011

pROGRAM seTerusNyer~~ 26.01.2011


salam..
alhamdulilah.. akhirnyer..ade lah sikit rupe blog ni selepas aku 'mengodaknye '..ehehehe syukur jugak sbb Mesyuarat Agung Peserta-peserta sb 1 da selesai..alhamdulilah semua settle,, berjalan dgn lancar..
oklah.. untuk makluman semua..26hb Januari, 2011 bersamaan dgn hari rabu akan diadakan mesyuarat bulanan Ajkkp sb 2 yang pertama bagi tahun 2011 ni..uhuhuhu letih nyer badan..keje lain tak settle ag.. da tambah satu lagi keje ..hope kali ni.. ajkkp yang telah dilantik semula tu.. berfikiran dgn lebih matang dan kehadapan.. untuk memajukan ladang dorang sendiri..juga lebih bertanggungjawab dan juga boleh memberi kerjasama yang baik terhadap pentadiran FELCRA khususnyer di kawasan .

Khamis, 20 Januari 2011

gelagat 5P

heeeeee...~~~ ni gambar masa program hari wadira 2010 di sg.Ara.. walaupun kawasan sedili masih tak de wadira lgi.. tp aku telah dipakse untuk terlibat sama..so dlm erti kata lain..pakse rela lah ni..huhuuuu yang berbaju purple tu senior kitorang yang paling happening skali... tgk badan lah.. mmg cnfirm lah senior kan.. ahahahaaa... ( kak ros klu bace ni jgn mara eaaa..) yang berbaju belang2 tu plak baru je melangsungkan pernikahan nyer pada bulan 12 yanng lepas,,, dia ni 5p dari kawasan batu 31/2 paloh.. eheheh naseb batu 3,, klu batu 2.. payah gak ea.. yang ber baju itam tu plak Pn. Mahaizan dari kawasan Mawai Baru,,  jiran terdekat kami kat sedili besar ni..dai pun sama jugak ,, da kawen dan da beranak 2..dua2 hero.. 
yang sebelah aku ni plak 5p dari seri mahkota, endau... klu tak silap aku lah kan.. mase ni kitorang di Hotel New York , jb.. ade kursus Pemantapan Institusi AJKKP,, keje kitorang mmg kursus sokme lerrr...ehehehe btw,, nape mata ana cam tu ea???confuse lak aku..ahahahahaaa
wooooooo!!!! alamak.. terlepas lak pic ni.. sorry lah yer en. kamal..ahahahahh! 
menyempat lagi tu nak berposing tgh makan...ngate org kuat posing.. en. kamal lagi lah terkuat posing nyer..
yang sebelah tu plak cik yati..ahah! yang ni masih belum khawin..tp da de cik abe....klu nak try ley jer..ahahaha jgn main2 beb..ni wataniah ni..tiap kali jmper kena tabik hormat..ehehehehe.
inilah dia wajah2 cun kitorang yang menjaga bahgian peserta kat negeri Johor ni..maaf lah pada yang tak de dlm ni sbb pic2 ni je yang ade..next time biler ade pic2 yang lain aku masukkan yer. mase ni kitorang di hotel flamingo, kl.. kursus esq..byk lagi gambar2 yang nak dimasukkan..tapi cukuplah utk kali ni yer..kang orang mengate pulak...posing tak sudah2..ehehehe.. babayyyy..