ASSALAMMUALAIKUM...

SELAMAT DATANG..SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA



Rabu, 9 Mac 2011

BENGKEL UPSR, PMR DAN SPM!!!

Salam sejahtera n salam 1 Malaysia...

khas kepada peserta-peserta FB Sedili Besar yang mempunyai anak yang bersekolah dan bakal menduduki peperiksaan Am  tahun ini seperti UPSR,PMR dan SPM diminta menghantar senarai nama anak-anak tuan puan di PEJABAT FELCRA BERHAD KAWASAN SEDILI BESAR attn: Pn Suhailla ( Pen. Eks. Sosial ) atau Pn. Rozaidah ( biro pendidikan SB 1 ) & Pn. Safiah ( biro pendidikan SB 2 ) dengan kadar yang segera bagi memudahkan kerja-kerja untuk proses permohonan. Diharap..senarai nama yang diberikan mengandungi maklumat berikut:

  • NAMA PENUH PESERTA
  • NO LOT / PROJEK ( SB 1 @ 2 )
  • NAMA ANAK
  • NO.K/P ANAK
  • NO. TELEFON ( UNTUK MEMUDAHKAN UTK DIHUBUNGI )
  • ALAMAT TERKINI
  • NAMA SEKOLAH ANAK

diharap juga, peserta yang menghantar senarai nama ini benar-benar berminat untuk menyertai bengkel tersebut. Bagi yang menarik diri disaat akhir tanpa sebab yang munasabah, nama akan disenarai hitamkan bagi mengikuti kursus-kursus yang lain.

bila dan dimana bengkel ini akan dijalankan? kami akan maklumkan kemudian..

Selasa, 8 Mac 2011

perjumpaan khas antara PBK pengurusan peserta dgn JKKP dan ALK

tarikh : 22hb Feb,2011
tempat : Balairaya Kg. Sembayung
masa : 12 tgh hari


Satu perjumpaan khas telah diaturkan antara PBK Pengurusan Peserta iaitu En. Mohd Fauzi bin Mohd Tahir dengan AJKKP dan ALK di kawasan Sedili Besar bagi membincangkan isu-isu semasa disini. Pelbagai masalah yang timbul berkaitan dengan Projek Penyusunan Semula Kampung ( PPSK ) dan juga isu kolam udang yang akan dimajukan oleh pihak KPR Sedili BEsar dirungkai. Mesyuarat telah berakhir pada jam 2.00 ptg . Mesyuarat juga dihadiri oleh PBW Johor, Pengurus Kanan Ekonomi & Permodenan Desa,Pengurus Sosial Wilayah Johor, dan Pengurus FAISB wilayah Johor. Sebelum mesyuarat dijalankan, PBKPP telah melawat tapak projek PPSK bersama Pengurus Kawasan dan juga 5P kawasan . Turut serta lawatan tersebut wakil dari pihak kontraktor, wakil dari FB teknik wilayah Johor dan juga lain-lain.